Saturday, November 21, 2009

PPIMG '09-'10 Committee



video


Sunday, November 15, 2009

Post GE '09

video


Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah berakhir sudah Galway Excursion 2009 yang diadakan pada 14 dan 15 November 2009 bertempat di The Burren Sleepzone, Lisdoonvarna, Co. Clare. Terasa seperti baru semalam saya menerima pertanyaan drp presiden PPIMG kira2 2 bulan lepas, "Kak, kita jadi ke nak buat MINDA ke tahun ni, ke buat tahun depan?". Kemudian dari sekadar tertulis di dalam takwim perancangan aktiviti PPIMG, GE akhirnya berjaya direalisasikan dalam bentuknya yang sebenar.

Seperti mana yang telah saya sebut dalam 'ucapan penutup' GE sebentar tadi, setinggi2 syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana hanya dengan izin dan rahmatNyalah dap
at kita lihat GE sebagaimana GE yang telah kita rancang. Sekadar perkongsian sebelum ini berulang kali telah saya Google ramalan cuaca untuk Lisdoonvarna namun hasilnya cukup membimbangkan. Pelbagai website telah saya lawati tetapi semuanya menjangkakan hujan akan turun sepanjang 2 hari kita di situ. Walau bagaimanapun benar sungguh kudrat manusia itu terbatas. Ilmu apa jua yang kita aplikasikan dalam meramal cuaca tidak mampu menjangkaui kuasa Sang Penguasa Alam Pemilik Semesta. Lalu bagaikan suatu keajaiban berjaya kita sama2 bertebaran dalam LDK masing2 bergerak memburu kanak2 comel, serangga dan biri2 di bawah terik matahari serta menikmati ayam BBQ hasil tangan sendiri dalam keadaan cuaca yang 'luar biasa' bagi Ireland.

Tema 'Back to the Nature' yang cuba disampaikan dalam GE membawa dwimaksud; alam dan fitrah. Jika definisi nature sebagai 'alam' telah diterjemahkan dengan jelajah kita merentasi Co. Clare hingga ke pantai surfing Lehinch, 'fitrah' pula membawa kita kembali kepada siapa kita dalam konteks individu muslim di muka bumi ini.

'Who Am I' mengajak kita sama2 merenung kembali misi pen
ciptaan kita di muka bumi ini. Mungkinkah sekadar untuk makan, tidur dan mandi? Jika benar justeru apa beza kita dengan ciptaanNya yang lain sebagai contoh burung2 di awanan? Jika kita tambah dengan belajar dan membelek buku sebagaimana tuntutan kita sebagai pelajar perubatan, justeru apa beza kita dengan sahabat Irish yang kita kenali?

Sungguh, penciptaan kita bukan sekadar untuk itu.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"
[Az-Zariyat, 51-56]

Menerusi slot spiritual ini Ustaz Burhan Che Daud telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang tujuan penciptaan kita, yang mana telah dirumuskan oleh beliau sebagai untuk Ibadah, Amanah dan Khilafah. Kita sebagai 'abid perlu sedar tentang tanggungjawab kita kepada agama ini. Indahnya Islam kerana setiap aspek kehidupan kita diberikan panduan khusus atau 'manual' untuk kita ikuti bagi memelihara kita daripada melakukan sesuatu yang merosakkan diri, yakni menerusi ibadah. Amanah diterjemah melalui ikhlasnya kita dalam beribadah sebagaimana "sesungguhnya solat itu mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar". Manakala khilafah pula memberi erti kita sebagai penguasa terpilih di muka bumi ini wajar memakmurkan dunia dengan kesempurnaan Islam, mengurus dan mentadbir mengikut lunas2 Islam serta menguatkuasakan hukum2 Allah.


Slot sosial bertajuk 'You and I' pula mengupas tentang tanggungjawab kita dalam hidup bermasyarakat serta cara kita berurusan dan berperanan dgn efektif tanpa mengetepikan garis panduan agama. Yang saya kira menarik dalam penyampaian Ustaz Borhan ialah interpretasi beliau terhadap tajuk yang diberikan. Kita hidup bermasyarakat bukan hanya ada "I" tetapi kita juga ada "You" di sekeliling kita untuk kita saling ambil berat dan ambil tahu. Mahu atau tidak kita akan banyak berurusan dengan orang ramai [apatah lagi sbg doktor] dan adalah penting untuk kita mengenalpasti cara terbaik untuk melaksanakannya mengikut landasan Islam dgn harapan agar kita terpelihara daripada celaan Allah malah mendapat ganjaran drpNya memandangkan ia juga sebenarnya adalah sebuah ibadah jika dilakukan dengan sewajarnya.

Penyampaian 'Quran and Stethoscope' dari Dr Fendi sbg SPR Gastroenterology and Internal Medicine [Locum Consultant] dalam bahasa Inggeris menerusi slot akademik juga cukup membuka mata [literally and figuratively :)]. Pelbagai teknik dan rahsia pembelajaran berkesan telah dikongsikannya dalam membentuk diri menjadi bukan sekadar seorang pelajar cemerlang akademik yang sehari-harian bergelumang dengan buku tetapi untuk membentuk seorang pelajar yang akan muncul sebagai seorang doktor y
ang berkualiti yg tahu berperanan dan bergaul dengan masyarakat. Sejujurnya banyak nasihat dan teguran yang beliau sampaikan sebenarnya menjurus masuk ke dalam diri saya sendiri yang mana banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam menyeimbangkan semua cabang kehidupan.

Di sini suka saya kongsikan ayat 77 drp Surah Al-Qasas yg membawa maksud;
"Dan carilah [pahala] negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia..."

Sungguh Islam tidak pernah menyuruh umatnya meninggalkan terus kehidupan dunia bahkan Islam menggalakkan kita mencari ilmu dan rezeki sebagaimana 'kefakiran membawa kepada kekufuran'. Justeru wajar kita sanggah dakwaan sempit Islam sebagai semata-mata sebuah agama spiritual kerana dalam konteks sebenar Islam mencakupi semua aspek kehidupan de
ngan sifatnya yang syumul. Justeru wajar kita raikan kesyumulan Islam dengan cara mengambil Islam dengan sepenuhnya tanpa meninggalkan aspek tertentu yang kita sendiri fikir tidak relevan. Bahkan belajar untuk menjadi doktor boleh menjadi ibadah jika niat dan caranya betul malah kita berhasrat untuk berkhidmat dengan membawa izzah Islam, bukankah ini serampang dua mata yang mungkin segelintir telah terlepas pandang?

BBQ

Selain pengisian daripada penyampai2 yang jemputan yang amat berguna buat kami, forum motivasi kendalian Faridah Jafri telah membariskan para panelis yg terdiri daripada ukhti Nabeela Azmi dan akhi Faizul Jalal sbg wakil pelajar tahun akhir serta ukhti Nur 'Aini, medical SHO untuk memberikan tips2 berguna buat pedoman peserta GE. GE turut meraikan hari jadi bayi2 bulan November dengan kek2 hasil usaha chef hebat yang dibawa khas untuk GE kali ini, Kak Sabrina dan ibu beliau. Manakala ketika para muslimin membuat keputusan untuk beriadah pagi 'di dalam duvet' sahaja muslimat pula bersepakat mengamalkan cara hidup yang lebih sihat dengan beraerobik, menari poco2 dan chicken dance ;). Selain itu tetamu khas dari MSD turut hadir dan menyampaikan amanat dan sokongan beliau terhadap program PPIMG serta menceritakan serba sedikit berkaitan MSD Eire.

Kami juga seluruh peserta GE bersama-sama menyanyikan lagu tema program kali ini iaitu Sebiru Hari Ini dari semasa ke semasa. Anugerah peserta paling attentif diperoleh akhi Naim drp muslimin dan ukhti Rohani drp muslimat manakala pertandingan capture the nature dalam 'It's a Wonderful World' dimonopoli sepenuhnya oleh kaum muslimat dengan kejuaraan berpihak kepada kumpulan ukhti Diyana Ishak.

Akhir kata syabas diucapkan kepada semua yang telah melibatkan diri dalam GE baik sebagai tulang belakang program mahupun sebagai peserta kerana tanpa anda semua tidak lengkaplah Galway Excursion 2009. Penghargaan khas ditujukan buat seluruh ahli belakang tabir GE yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada saya dan yang lain2. Buat semua sekalung kemaafan dipohon atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang GE berlangsung. Sama2 kita amal dan kongsikan apa yang kita peroleh dengan sahabat2 kita yang tidak dapat hadir insyaAllah. Dengan ini berlabuh sudah tirai Galway Excursion 2009, alhamdulillah.

Jzkk.


SMCMN
Pengarah Galway Excursion 2009.
[Pengarah bersama; saudara Ameen]



Monday, November 2, 2009

Galway Excursion 2009

GALWAY EXCURSION 2009 PROMO VIDEO







THANKS natrah for the video :)

Sunday, November 1, 2009

GSC

Salam & hi to all...

Berakhirlah sdah Galway Sports Carnival2009 stlah 2 hari b'trut2 4 buah rumah sukan bertempur bg merebut piala pusingan'Best House' pd kali ini. Berikut merupakan kputusan akhir yg muktamad,=)

Badminton
Male:
1st- Kuning
2nd- Biru
Female:
1st- Kuning
2nd- Merah

Futsal
Male
1st- Biru/Hijau
2nd- Merah/Kuning

Female
1st- Merah/Kuning
2nd- Biru/Hijau

Volleyball
Male
1st- Kuning/Hijau
2nd- Merah/Biru

Female
1st- Merah/Hijau
2nd- Kuning/Biru

Takraw
1st- Kuning
2nd- Hijau

Basketball
Male
1st- Merah
2nd- Hijau

Female
1st- Merah
2nd- Hijau

Pool
Male
1st- Merah
2nd- Biru

Female
1st- Kuning
2nd- Biru

Chess
Male
1st- Biru
2nd- Kuning

Female
1st- Hijau
2nd- Biru

Secara keseluruhannya (+ attendance ahli rumah), rumah Kuning tlh b'jaya m'bawa pulang piala 'Best House' utk GSC 2009. Tahniah!!!

Kuning - 134
Biru - 125
Merah - 123
Hijau - 119

Sekali lg tahniah kpd pemenang2,yg xb'jaya next time ade lg (bergantung kpd budi bicara penganjur,=D) . Jutaan terima kasih jg kpd AJK yg terlibat secara lgsung mahupun tdk lgsung bg memastikan GSC 09 b'jlan dgn lncar. Begitu jg kpd wargaGalway yg memberi sokongan & bantuansepanjang 2 hari GSC ini b'lgsung. Kami dr pihak penganjur memohon ampun dan maafsekiranya t'dpt sebarang kekurangan & kelemahan.
Sekian,terima kasih.


the PIC
syarafi & dayana

Saturday, October 31, 2009

Kerugian yg menguntungkan~

SEDEKAH: ‘KERUGIAN’ YANG MENGUNTUNGKAN

Oleh: Darul Hikmah


alangkah indah
orang bersedekah
dekat dengan Allah
dekat dengan surga

takkan berkurang
harta yang bersedekah
akan bertambah
akan bertambah

Allah Maha Kaya
yang Maha Pemurah
yang akan mengganti
dan membalasnya
Allah Maha Kuasa
yang Maha Perkasa
semoga kan membalas surga

oh indahnya
saling berbagi
saling memberi
karna Allah


Opick: Sedekah


Sungguh lunak suara yang dialunkan Opick dalam lagunya yang berjudul sedekah. Begitu cantik juga susunan bait-baitnya dalam menggambarkan kebaikan amalan ini yang sangat dituntutdalam Islam. Di dalam firman Allah S.W.T


Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual belidan persahabatan” ( Ibrahim: 31)


Tetapi, disebalik anjuran agama untuk bersedekah, lagu ini juga merakamkan persoalan sebahagian individu yang beranggapan bahawa amalan bersedekah membawa kepada kerugian. Bagi mereka, kenapa harus dibelanjakan harta yang diperoleh secara susah payah kepada orang lain yang secara umumnya hanya tahu meminta-minta?


Untuk menjawab persoalan ini, pertama, kita harus menilai kembali punca kepada harta kita. Sebagai umat islam, kita wajib percaya bahawa Allah adalah punca kepada segala rezeki yang dinikmati oleh setiap ciptaan-Nya. Selain itu, Allah juga maha berkehendak dalam memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya. Pendek kata, Allahlah pemutus dalam segala hal berkaitan dengan pemberian rezeki. Yakni kemana dan kepada siapa rezeki itu harus pergi.


Tidak kiralah samada individu tersebut berusaha mendapatkannya ataupun tidak, ketentuan rezeki itu tetap di tangan Allah. Boleh jadi bilik tidur kita hanya di Hospital walaupun kita memiliki kemampuan harta untuk membina sebuah mahligai dek kesihatan kita yang sering terganggu ataupun tiba-tiba kita dikurniakan kejayaan dalam pelajaran walaupun masa yang diperuntukkan untuk belajar singkat sahaja dek kerja lain yang bertimbun. Kesimpulannya, setiap rezeki yang kita perolehi bukanlah milik kita secara total dan ianya hanyalah semata-mata pemberian dari Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.


Kedua, sekiranya amalan bersedekah merugikan individu, kenapa Islam amat menggalakkan amalan tersebut sehingga Allah sendiri menyebut terdapat ‘hak’ orang lain dalam harta orang yang beriman (Al-Ma’arij: 24) . Untuk menjawab persoalan ini marilah bersama-sama kita melihat dan mengkaji kesan ibadah zakat kepada masyarakat muslim kerana amalan bersedekah dan zakat merupakan amalan yang hampir sama.


Ibadah zakat mewajibkan setiap individu muslim yang cukup syarat untuk mengeluarkan sebahagian daripada harta mereka. Harta-harta ini kemudiannya akan dikumpul dan dibelanjakan kepada asnaf-asnaf bagi meningkatkan taraf hidup mereka.


Sebagai contoh, wang zakat boleh diagihkan kepada individu yang miskin tetapi mampu untuk bertani. Individu tersebut boleh menggunakan wang yang diberi untuk membeli tanah, baja dan juga benih. Dengan memiliki asset untuk bertani, individu tersebut boleh meningkatkan taraf hidupnya dengan berusaha untuk mengeluarkan dirinya dari kepompong kemiskinan.


Begitu juga dengan anak yatim. Tanpa ibu dan bapa, peluang anak yatim untuk melanjutkan pelajaran amat terhad kerana kekurangan sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan pendidikannya. Tetapi, sekiranya kita mengeluarkan sebahagian daripada harta kita untuk dikumpulkan dan diberi kepada anak yatim, anak yatim tersebut boleh menggunakan peluang tersebut untuk membeli buku-buku dan alatan belajar lain untuk meningkatkan taraf hidupnya.


Kedua-dua contoh diatas sekiranya dipraktikkan secara efisiyen akhirnya akan membawa keuntungan kepada pemberi zakat ataupun sedekah. Bagaimanaini boleh berlaku? Sebagai contoh, katakan skim galakan bertani melalui wang zakat diperluaskan kepada 1000 petani maka 1000 petani yang bermanfaat ini bakal meningkatkan pengeluaran makanan negara.


Begitu juga sekiranya skim bantuan zakat kepada anak yatim diperluaskan kepada 1000 anak yatim. Maka, negara boleh menambah jumlah golongan professional, sebagai contoh, saintis yang mungkin boleh mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran tanaman bagi setiap hektar plot tanah.


Hasilnya, sekiranya petani dan anak yatim yang berjaya ini bekerjasama dalam sektor industri penghasilan makanan negara, skim-skim ini bukan sahaja akan menambahkan bilangan pengelur makanan tetapi juga kadar pengeluaran makanan yang akhirnya membawa kepada pertambahanbekalan makanan dalam pasaran.


Menurut Law of Demand and Supply, dengan pertambahan bekalan ( supply ) maka harga sesuatu produk tersebut akan menurun. Dan teka siapa yang dapat menikmati harga yang makanan yang lebih murah? Semua pengguna termasuklah mereka yang terlibat dalam mengeluarkan sebahagian harta mereka untuk menampung skim-skim diatas. Walaupun situasi ini mengambil sedikit masa untuk menjadi realiti, apa yang penting, di penghujungnya tiada siapa yang rugi samada di pihak yang memberi ataupun yang menerima.


Sebab itulah zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz dianggapa sebagai zaman kegemilangan ekonomi umat islam kerana sistem zakatnya yang efisyen dan juga sikap rakyatnya yang gemar membelanjakan harta untuk membantu orang yang susah telah menyebabkan tiada seorang pun yang layak menjadi asnaf ketika zaman pemerintahan baginda.


Sebagai kesimpulannya, amalan bersedekah bukanlah satu amalan yang merugikan pihak yang memberi dan menguntungkan pihak yang menerima. Sebaliknya kedua-dua pihak bakal menikmati hikmah disebalik amalan yang mulia ini. Malah Allah juga telah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda kepada mereka yang memberi sedekah. Dalam firman-Nya:


"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )


Justeru, marilah bersama-sama kita suburkan amalan ini dalam kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi pada hari yang mulia seperti hari ini. Mudah-mudahan dengan amalan ikhlas yang kita lakukan ini, kita bakal diberi tempat yang istimewa di sisi-Nya di akhirat kelak. Wallahua’alam

Monday, October 26, 2009

Galway Excursion 2009


Fancy spending some engaging yet enlightening time outside Galway?

This year PPIMG proudly presents:



Why wait any longer?

Register now to:

Muslimin
Ameenuddeen
0857211056
amobius_13@yahoo.com

Muslimat
Sarah Murniati
0857862243
sarah_murniati23@yahoo.com




~the team for GSC~

Assalamualaikum & salam 1 Malaysiasemua...
Berikut adalah pembahagian rumah sukan utkGalway Sport Carnival...
(Undian adalah adil & saksama,)

Rumah Merah

Lelaki

Perempuan

Ketua: Azri (2med)

Ketua: Fariheen (2med)

weez

amalina

naim

jaqualine

Amin (2med)

Farah

Syarafi

Wani

Syed Ariff

syaza

Borhanuddin

Hooi Tzing

Kelana Haris

sanjana

Ronny

paan

Aiman (final med)

Aya

Fahmi

nur izyan

Najib

stephanie

Ji Zhang

Faridah jafri

Gagen

Nur farhani

Zool

Nik aimee azizah

Farris

Liyana yasmin

Farahnadiah

Lilian

Kak fahitah

Kak zilah

miswani


Rumah Biru

Lelaki

Perempuan

Ketua: Amir (3med)

Ketua: bazilah (2med)

hizwan

Aishah

Mukhlis

Jihan

Izzul Syazwan

natrah

Adrian

Ema

Ikhwan

Jims

Arshad

Hasimah

faizul

Ilham

Rafiq

Lim Zhi

Zaidan

Nur Atikah

Andrew

Aini

Thomas tan

Ani

Thava

Pinah

Najmi

Nurdalila

Nabil

Siti Nurdiana

Intan Amiza

Siti Hazrina

Hasmah

Kak ina

Kak Aini

Kak Izzah


Rumah Kuning

Lelaki

Perempuan

Ketua: Aiman (3med)

Ketua: izzah (2med)

Pejan

Fadzlin

Zain

Diana

Khairi

Dayana

Khairul

Iffah

Azrin

Erra

Abdul Razak

Yan

Aiyad Syakir

Kezeane

Hanzali

Farhanah

Aman Akbar

Nuremyliana

Qamarul Azzam

Siti nur fariza

Zaquan

Yanti

Dr Masri

Ritz

Naza

Siti Ayesha

Esther

Amira

Sarinah

Sheila

Chianni

Afeedah

Shakira

Adzleen


Rumah Hijau

Lelaki

Perempuan

Ketua: Sayed (3med)

Ketua: Rohani (2med)

Ammar

Lisa

fakrurrazi

Miza

Sian Jing Ha

Nasuha

Amin (3med)

Su Shan

Aizat

Teah

Iqbal

Nadiah

Justin

Natrah

Ezal Ezwan

Michelle

Mohd Afiq

Azliana

Nasrul

Hazdalila

Mun Chun

Sarah murniati

Ipin

Khairunnisa

Dr Fendi

Siti nurdiyana

Juaidy aizat

Nabeela

Najmi nabihah

stephanie

Hanusha

Kak aida

Kak nawwar

Kak zai


IF WE MISS YOUR NAME FROM THE LIST, PLEASE LET WE KNOW ASAP. OR ANY OTHER RELATED INQUIRIES.YOU CAN CONTACT THE PIC.